­
Welcome to our website !

Business Model Canvas (BMC)

By 8:10 PM

Model Perniagaan Kanvas atau yang biasa dipendekkan BMC adalah satu model atau pelan perniagaan untuk melihat secara gambaran kasar kepada sesuatu bisnes yang akan dilaksanakan. Ia terdiri daripada kanvas yang berupa sembilan blok model perniagaan dicipta oleh Alexander Osterwalder untuk memudahkan peniaga menulis rancangan perniagaan. Secara ringkas, BMC adalah catatan terperinci flow syarikat startup anda. BMC yang dihasilkan tidak 100% tepat tetapi ia menjadi satu guidance kepada peniaga yang baru memulakan sesuatu bisnes dan boleh berubah mengikut perkembangan sesuatu bisnes.


Kenapa Perlunya BMC

Apa kelebihan BMC berbanding business plan biasa? Jika hobi anda suka mengarang panjang lebar dan menulis 50 halaman pelan perniagaan BMC mungkin tidak sesuai yang kemungkinan besar tidak berlaku di dunia nyata, Seorang businessman seharusnya berfikir pantas kerana masa adalah sumber utama peniaga. Dengan BMC masa semakin singkat harus menterjemahkan business plan kepada business model canvas. 

BMC sangat sesuai digunakan di permulaan teknologi yang memerlukan perubahan sangat cepat, tetapi tetap juga boleh digunakan untuk perniagaan non-teknologi. Kalau anda menulis business plan 50 halaman, kemudian setelah menjalankannya ada sesuatu yang salah, anda harus menulis 50 halaman lagi. Sedangkan dalam BMC, kalau ada yang salah, anda boleh menggantikannya lebih cepat. BMC membuat entrepreneur mempunyai waktu lebih lama dalam melaksanakan perniagaannya, tidak buang masa dalam membuat rancangan.


Cara Mengisi BMC
Pada dasarnya, BMC mengandungi 9 blok yang akan diterangkan lebih lanjut di bawah. Cara mengisinya sendiri bergantung dengan keperluan perniagaan anda. Tiap perniagaan, boleh diatur mengikut keperluan.  Penulisan business model canvas boleh bermula dari tawaran (offer-led), resources yang kita punya (resource-led), customer yang sudah kita kenal (customer-led), dana yang kita punyai (finance-led), atau benar-benar random (multiple centre-led).

Untuk memudahkan pemahaman anda terhadap BMC, Lihat video yang menerangkan secara terperinci macam mana proses pembinaan BMC

You Might Also Like

    0 comments