Apa itu Marketing atau Pemasaran
Di dalam setiap usaha perniagaan, pemasaran memegang peranan yang cukup penting bagi melancarkan potesi dan perkembangan sesebuah perniagaan. Sebuah perniagaan dengan hasil produk yang biasa saja boleh jadi berjaya hanya kerana strategi pemasaran syarikat berkaitan yang cukup handal dan hebat, sebaliknya sesuatu perniagaan dengan produk yang cukup berkualiti pun tak akan mengalami jualan yang maksimum jika tidak dilakukan teknik dan strategi pemasaran yang baik terhadap para pelanggan. Pemasaran merupakan usaha untuk mempromosikan, memberitahu dan menawarkan kepada pelanggan mengenai sebuah produk sesuatu perniagaan atau perkhidmatan yang diuruskan oleh sebuah syarikat sebagai usaha untuk meningkatkan angka jualan produk atau perkhidmatan bidang perniagaan tersebut. Tanpa teknik dan proses pemasaran yang betul, maka produk tersebut hanya akan wujud dalam stor-stor dan kilang pemprosesan sahaja.
Mengapa sebuah proses pemasaran menjadi sesuatu yang sangat penting bagi sebuah perusahaan perniagaan? Berikut ini beberapa alasan penting yang membuat pemasaran menjadi sebuah keperluan utama usaha perniagaan untuk boleh terus wujud dan berkembang.
1. Pemasaran adalah teknik untuk menyampaikan maklumat tetang sesuatu produk kepada pelanggan.
Tanpa adanya proses pemasaran, maka pelanggan tidak akan tahu tentang sebuah produk yang telah di hasilkan. Pemasaran yang semakin rancak akan membuat semakin banyak orang yang tahu dengan produk usaha perniagaan anda, dan kemungkinan besar jika para pelanggan suka akan sesuatu produk maka secara tidak langsung akan meningkatkan angka jualan syarikat anda. Ini ditambah jika anda mempunyai sebuah produk yang unik dan mempunyai kualiti dan nilai inovatif, maka sangat penting melakukan teknik marketing atau pemasaran yang maksimum.
2. Menjelaskan fungsi, manfaat dan keunggulan sebuah produk usaha atau perkhidmatan
Melalui proses marketing, anda boleh menjelaskan kepada pelanggan mengenai fungsi sebuah produk, manfaat, keunggulan, cara penggunaan dan sebagainya yang berkaitan dengan produk. Kerana kemungkinan besar pelanggan akan tertarik membeli produk atau perkhidmatan anda setelah mendengar fungsi, manfaat, kelebihan serta cara penggunaan yang betul dari produk berkenaan. Di sinilah peranan pemasaran itu sangat diperlukan, semakin luas pemasaran yang anda lakukan, maka akan semakin banyak jumlah pelanggan yang mengetahui maklumat produk perniagaan anda.
3. Memaklumkan sebuah produk atau perkhidmatan baru kepada pelanggan
Walaupun orang telah cukup mengenal syarikat anda, pemasaran tetap penting dilakukan apabila anda menghasilkan sebuah produk baru yang dihasilkan syarikat perniagaan anda. Maklumat tersebut dilakukan melalui usaha marketing promosi yang terus menerus kepada para pelanggan.
Pentingnya sebuah pemasaran di dalam usaha perniagaan bahkan boleh menjadi penentu berkembang tidaknya sebuah perniagaan. Mempunyai sumber daya manusia di bidang pemasaran yang handal akan sangat menentukan sebuah kejayaan perniagaan yang anda uruskan. Penekanan kepada usaha pemasaran akan semakin lengkap jika diimbangi dengan memaksimakan kualiti produk perniagaan anda.
0 comments